Siapa Yang Menciptakan Allah Jawaban Pemuda Ini Bakal Mengejutkan

Siapa Yang Menciptakan Allah Jawaban Pemuda Ini Bakal Mengejutkan Anda …! | Ada seorang umat yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 soalan yang hanya boleh dijawab dengan akal.

Ertinya tidak boleh dijawab dengan dalil, kerana dalil itu hanya dipercayai oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justeru perbincangan ini tidak akan menghasilkan apa-apa …

Soalan atheis itu adalah : Siapa yang menciptakan Allah ?? Bukankah semua yang ada di dunia ada kerana ada penciptanya ?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya ?? Bagaimana caranya manusia boleh makan dan minum tanpa buang air ?? Bukankah itu janji Allah di Syurga ?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal.

Ini soalan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari api, lalu bagaimana boleh Allah menyiksanya di dalam neraka ?? Bukankah neraka juga daripada api ?? Tidak ada satupun jamaah yang boleh menjawab, kecuali seorang pemuda. Pemuda itu menjawab satu per satu soalan sang atheis:

1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal ?? Sebagaimana angka 2 adalah 1 + 1 atau 4 adalah 2 + 2 ?? Atheis itu diam membisu ..

“Jika kamu tahu bahawa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia boleh mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahawa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak boleh dicipta ??”

2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Adakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu ??

Jika anda dulu percaya bahawa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air di dalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahawa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air ??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tetapi pemuda itu menjawab: “Tanganku ini terlapisi kulit, tangan ini dari tanah..dan pipi anda juga diperbuat daripada kulit dari tanah juga..

Lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda boleh kesakitan ketika saya tampar ?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syaitan dari Api neraka ?? Sang athies itu ketiga kalinya terdiam …

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahawa tidak semua soalan yang terkesan mencela / merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab pertanyaan sang atheis dengan bijak dan bernas, sehingga sang atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya ..

Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas … tapi tidak liberal … tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah.

Ada yang berkata bahawa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta’ala …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *