Sheila Rusly Belanja Resipi Sambal Sotong

Sheila Rusly Belanja Resipi Sambal Sotong, Senang Nak Buat | Baru-baru ini Sheila Rusly yang juga merupakan Penerbit Js Picture ada kongsikan resepiĀ  Sambal Sotong di laman intagram beliau.

Shiela Rusly diakui merupakan salah satu selebriti yang handal memasak didapur dan mempunyai rancangan masakan sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan.” Beliau juga rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial untuk rujukan pengikutnya.

Dalam posting itu juga Sheila Rusly juga ada mengusik ‘anak perempuannya’ untuk diajak ke pasar tani. Bagi yang mengikuti jejak akhbar Shiela Rusly, dia memang rapat dengan para pelakon lain seperti Janna Nick, Ayda Jebat, Dayana Roza dan Ozlynn, dan melihat pelakon-pelakon ini sebagai ‘Anak perempuannya’

Nah sis belanja resipi!

Sambal Sotong:

Bahan-Bahan:

  • Sotong (tapis sampai hilang air sotong)
  • Bawang merah
  • Belacan
  • tumbuk
  • Cili kering (kisar) nak pedas campur cilipadi
  • Kucai
  • Maggi cukup rasa
  • Kicap pekat (sikit jer utk warna)

Cara Membuat:
Tumis bawang & belacan. Naik bau masuk cili kisar. Masak sampai cili jadi sambal. Masuk sotong. Sedikit maggi cukup rasa & kicap pekat. (Jgn letak air sbb sotong akan kluarkan air) Sebelum tutup api masuk kucai. Dah siap!

Senang kan? Bahan pun sikit jer. Sedikit tetapi lebih daripada cukup! Jommm cuba

Jadi buat mak-mak penggemar makanan laut boleh lah cuba resepi sambal sotong yang Sheila Rusly kongsikan ini untuk hidangan keluarga.Senang je nak buat malah bahan-bahan yang digunakan pun sikit je.

Selamat Mencuba! SUMBER: SINAR VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *