“Setiap Kali Mandi, Rambut Bersepah-Sepah”

“Setiap Kali Mandi, Rambut Bersepah-Sepah ..” – Di Sebalik Tawa, Ini Cerita Dan Air Mata Dari Hati Suami Elyana. “Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa ..”

Itu kata-kata rutin 5 tahun yang dikemukakan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin untuk memujuk hati isteri tercinta keluar dari emosi belenggu. Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyuman Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika diberitahu mengalami kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.

“Memang kami terkejut kerana Elyana baru saja melahirkan anak sulung kami tetapi doktor memberitahu kanser ini dapat dijaga.” Tetapi, bagi kami kanser tetap kanser!

“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, masa itu paling sukar bagi kami dan rasa sangat turun. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya boleh berdoa dan bersama saya sepanjang masa,” kongsi hati Khairul kepada Astro Gempak.

Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.

Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila kanser mula mengecut tetapi Elyana tidak tertanggung.

“Saya paksa dia membuat kemoterapi kerana kelenjar itu mula mengecut dan ada perkembangan. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya.

“Setiap kali mandi ketika melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia semakin tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa tapi saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan hentikan rawatan kemoterapi untuk memberi ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam badan Elyana sudah berada di peringkat empat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *