Resipi 5kg Kentang Untuk Begedil Ayam

Resipi 5kg Kentang Untuk Begedil Ayam | Boleh Buat Stok, Sedap. Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila ingin makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu dicicah dengan sambal kicap.

BEGEDIL AYAM

BAHAN-BAHAN

  • 5kg kentang
    1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
    200g bawang goreng
    200g daun sup
    Telur (untuk salut bergedil)

BAHAN PERASA

– garam
– gula
– serbuk lada sulah

CARA MEMASAK

1. Goreng kentang agak-agak kering sikit. Angkat dan toskan minyak betul betul.

2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.

3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah

4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki.

5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.

SUMBER:SINAR VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *