Resepi Kuih Seri Muka Original Pandan Dan Pewarna

Resepi Kuih Seri Muka Original Pandan Dan Pewarna, yang mana lebih sedap? | Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.

Kuih ini sangat terkenal di Malaysia. Malah setiap kali datangnya ramadan, Kuih ini menjadi kuih utama di jual dibazar ramadan.

Malah, kuih ini juga dikatakan penarik kepada pembeli, jika aturan warnanya pandannya berjaya memikat hati pembeli.

Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu,

Daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

Kuih Seri Muka ini juga boleh diperlbagaikan rasa, tidak semestinya pandan, ada juga yang membuat lapisan atas contohnya seperti pulut hitam jagung, gula merah dan banyak lagi. terpulang kepada individu tersebut.

Cuba anda lihat perbezaan antara dua gambar di atas. Perbezaannya hanyalah warna. pastinya anda sendiri tahu yang mana original pandan dan yang mana pewarna.

Petua dia, kalau hendak membeli kuih Seri Muka ini, lihatlah warna dia dahulu. jika hijau pekat, pastinya kuih tersebut kurang keenakkannya.

Kuih ini juga harus dibuat dengan seikhlas hati, supaya rasa pandannya menyentap kalbu bila di makan.

Kebiasaannya, kuih Seri Muka ini hanya cantik pada warnanya. tetapi apabila dimakan rasa seperti kosong.

Jika hendak membuat kuih ini biarlah dengan hati yang ikhlas supaya rasa pandannya lebih kuat dari pewarna.

Mudah-mudahan mereka yang makan kuih ini sentiasa berseri wajahnya.

Berikut adalah resepi untuk kuih Seri Muka.

Bahan2 Lapisan Bawah:-

500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-

Rendam pulut sekurang2nya 4 jam. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik.

Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2″.

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung kastad
250 gm gula pasir
2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1 sudu kecil pewarna hijau (kalau pandan tu dah pekat, tak payah bubuh).
2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)

Cara caranya :

Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah.

Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit) Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *