RAHSIA RESEPI ROTI JALA SARDIN YANG ENAK

RESEPI : RAHSIA RESEPI ROTI JALA SARDIN YANG ENAK | Bahan-bahan untuk roti jala :
-2 cawan tepung gandum -2 sb minyak masak -3/4 sk garam -sedikit pewarna kuning -1 biji telur -2 cawan air/santan/susu segar -acuan roti jala

Bahan inti sardin :
-1 tin kecil sardin-asingkan sos dan buang tulang ikan -1 labu bawang besar sederhana-diracik halus -2 biji limau kasturi-diambil jusnya -sedikit garam -sedikit serbuk lada sulah

Cara membuat inti sardin :
-Ikan dihancurkan didalam mangkuk.kemudian masukkan bawang besar,garam,jus limau dan serbuk lada sulah secukupnya. -Kacau sebati.jika suka boleh letakkan sikit sosnya.sha letak dalam dua sos sardin tadi.

Cara membuat roti jala :
-Blend semua bahan diatas hingga sebati.tapis adunan. -Gunakan non stik pan.sapu sedikit minyak dan jala diatasnya dengan acuan roti jala. -Bila dah masak angkat dan letakkan sedikit inti sardin dan gulung macam gulung kuih ketayap. Selamat mencuba..!!

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *