Media Resepi Kek Batik Marie Leleh

Media Resepi Kek Batik Marie Leleh | Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh Seperti Berikut :

-1 paket biskut marie
-125 gram mentega
-150 gram coklat masakan
-3 biji telur
-½ cawan kecil susu segar
-3 sudu susu pekat
-80 gram milo/horlick

Bahan-bahan Hiasan jika perlu

-½ Coklat masakan / Ganache
-2 sudu susu pekat
-2 kiub mentega

Cara-cara Membuatnya:

-Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.

-Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.

-Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan berkilat.

-Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.

-Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.

-Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:

-Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
-Masukkan susu pekat dan mentega.
-Kacau hingga sebati.
-Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.

Selamat Mencuba!!! Follow Page : Media Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *