IbuBapa Perlu Didik Anak-Anak Ikut Zamannya

IbuBapa Perlu Didik Anak-Anak Ikut Zamannya Kerana Anak Tidak Hidup Di Zaman IbuBapa Itu Sendiri. Acap kali kita kelihatan. Si ibu berusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengelap lantai, membasuh baju, masak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

-Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap komputer riba, dan bermain telefon pintar

-Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa

-Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” dari kecil.

-Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

-Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya apabila di tempat ibu bapa mereka

Alasannya?

– “Kesian anak tu kecik lagi ..”

– “Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”

– “Ish, jangan buat budak tu, dah jadi macam orang gaji je ..”

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pun pun, apabila balik kampung masih nak menyusahkan ibu dan ayah. Ini berlaku dalam dunia masa kini

Baju suami isteri, anak beranak pun ibu yang basuhkan. Makan suami isteri, anak beranak pun ibu yang masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sejak dari kecil akan membuat mereka merasa kekok untuk melakukannya apabila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara paksa.

Mereka akan buat hanya apabila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya adalah ibu bapa mereka. Sementara itu, si anak sedap bergoyang kaki.

Jadinya. pupuklah mereka sejak dari umur dua tahun dengan perlahan-lahan dan bersesuaian dengan usia mereka. Bila dewasa kelak, mereka akan mampu berdikari.

-Usah terlalu kasihankan anak

-Jangan terlalu memanjakan anak

-Ajar mereka erti susah payah sejak kecil

-Jaga mereka tentang pekerjaan rumah

-Ajar mereka erti kehidupan

-Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kami buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kami. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA. SUMBER : ANJUNG ISLAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *