Cikgu suruh mohon restu cium tangan ibubapa untuk SPM,tapi…

Cikgu suruh mohon restu,cium tangan ibubapa utk SPM,tapi pelajar ini hanya mampu. Restu ibu bapa adalah penting untuk seorang anak mencapai kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Namun bagaimana pula jika salah seorang ibu bapa kita telah tiada? Siapa yang akan mendoakan dan merestui kita?

Seperti itulah yang dialami oleh seorang gadis ini yang kehilangan insan yang paling rapat dengannya, iaitu Ayah. Gadis yang dikenali sebagai Nor Syahmila bakal menghadapi peperiksaan SPM, disebabkan kerinduan terhadap ayahnya yang telah pergi ke Rahmatullah, dia telah mencoretkan luahan hatinya di Facebooknya.

Ikuti luahan gadis ini…

Ayah, mimi datang lawat ayah ni…

Assalamualaikum ayah…

Ayah mimie datang ni melawat ayah, mimie dah janjikan mimie nak datang harini. Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar laa air hujan membasihi diri mimie , biarlah mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kbr ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini…

Ayah mimie rindukan ayah sangat sangat. Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb November ni genap pemergian ayah selama 4 tahun.

Ayah, mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat Econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.

Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie, adik- adik and mak.

Ayah, cikgu suruh mohon restu kat ayah, tapi mimi tak ada tempat nak pergi…

Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang.

Penceramah tu kata, “Siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf cium tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih.”

Kawan kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia. Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak peluk siapa, tak tahu nak cium tangan siapa, tak tahu nak ngadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri.

Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perjuangan untuk mimie teruskan kehidupan. Mimie janji mimie akan jaga mak and adik-adik. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak ngajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan.

Tak pernah sedetik pun Mimi lupakan Ayah…
Terima kasih ayah sebab selama nie jadi ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you. Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah. Doakan mimie supaya jawab exam SPM nanti dengan hati yang tenang ye ayah.

Semoga ayah tenang di alam sana. Al-Fatihah.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:

“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah mennggl dnia. Semasa mereka masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab;

“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;

“Apabila mnnggl dnia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Hadis Riwayat Luqman Hakim

Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah mnnggl dnia dengan ikhtiar dan usaha seperti;

#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak prkbran, derma pakaian kepada rumah anak yatim.

Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).

#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran kereta dan lain-lain pinjaman.

sumber : Berita Orang Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *