CARA MUDAH BUAT MAKANAN SEDAP TANPA MSG

CARA MUDAH BUAT MAKANAN SEDAP TANPA MSG | Memasak tanpa menggunakan MSG (Monosodium Glutamate) biasanya akan terasa hasa dan kurang sedap, tetapi penggunaan terlalu banyak MSG tentu tidak baik untuk kesihatan, terutama pada kanak-kanak.

Sebaiknya penggunaan serbuk perasa dapat di hindari. Untuk masakan menjadi sedap tanpa tambahan MSG, berikut ini bahan yang ada di dapur kita yang boleh di proses untuk menggantikan bubuk perasa dan tetap menjadikan masakan anda sedap.

1. Garam Dan Gula pasir
Gula dan garam yang di padukan secara seimbang akan memberikan rasa yang sedap untuk masakan.

2. Pati Ayam dan juga daging buatan sendiri.
Untuk membuat pati ayam dan pati daging sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh merebusnya saat sedang masak di dapur. Selain rasanya yang lazat, pati ayam dan daging juga sangat sesuai di menu makan si kecil. Pati di hasilkan dari tulang yang di rebus bersama daun bawang dan garam. Anda boleh menyimpan air pati rebusan ini di dalam peti sejuk, dan memanaskan lagi semasa sedang masak.

3.Udang Kering, Udang atau Belacan
Penggunaan bahan bahan di atas, tentu saja sesuai dijadikan pengganti bubuk perasa dengan cara mengisar udang kering hingga halus dan masukkan kedalam masakan. Kandungan udang di dalam belacan juga menyebabkan masakan menjadi lebih enak, dan boleh juga rebus udang segar dan menggunakan air rebusan (pati) untuk menyeduh lagi masakan.

4.Bawang Putih
Bawang putih yang bercitarasa sedikit tajam, juga boleh dijadikan pengganti bubuk perasa, dengan cara mengetuk garam, lalu di goreng hingga masak dan di buat sebagai penambah rasa pada masakan anda, di jamin rasa kuah atau masakan anda akan sama seperti bila anda menggunakan bubuk perasa.

Di hadapan 4 tips mengolah bahan semulajadi pengganti serbuk perasa ini membantu anda menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga. SUMBER : PETUA IBU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *