Cara Buat Sos Cili Thai Homemade

Cara Buat Sos Cili Thai Homemade. Jimat & Rasa Sama Macam Yang Dibeli | Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos.

Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu ‘sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!

SOS CILI THAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 ulas bawang puteh *
  • 5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong *
  • 5-8 biji cili padi merah *1/3 cawan udara
  • 3/4 cawan cuka
  • 1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan udara)
    CARA MEMASAK:

Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak sampai mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang (manis, masam & masin).
Masukkan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak sampai pekat dan berkilat. Padamkan api.
Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan ditutup rapat.

SUMBER : SINAR VIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *