Bergedil Daging Burger Dengan Sos Cili Kicap Asam

Resepi : Bergedil Daging Burger Dengan Sos Cili Kicap Asam | Bahan-bahanya : – 1) 8 biji kentang direbus empuk, – 2) Sebungkus daging burger, – 3) Daun sup daun bawang dipotong halus, – 4) Garam dan lada sulah secukupnya, – 5) 5 biji telur, – 6) Cara-caranya :

Lenyek kentang, tak hancur sangat pun takpe. Masukkan daging burger, gaul sebati
Pecahkan 2 biji telur,

Gaul sebati. Masukkan garam lada sulah dan daun sup daun bawang, gaul sebati.
Buat bulat dan leperkan.

Pecahkan 3 biji telur, celup adunan yg kita bulat leperkan tadi tu ke dalam telur dan goreng dengan api sederhana kuat. Jangan kuat sangat, nanti daging tak masak.

Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan cili kicap asam.
– 1) Segenggam cili api, – 2) 4 ulas bawang putih, – 3) Selabu bawang besar, – 4) Kicap, – 5) Gula garam, – 6) Air asam jawa, Blend semua bahan2, panaskan atas api seketika. Bole cicah bergedil dengan sos cili kicap asam. 

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Kredit : Nazian Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *