Apakah Hukum Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati

Apakah Hukum Sedekah Al-Fatihah Kepada Si Mati ? Masih Ramai Yang Tidak Tahu | Bagi umat Islam, bahkan bukan muslim, sudah tidak asing lagi dengan surat Al-Fatihah. Surat Al-Fatihah yang juga dikenali sebagai Ummul kitab juga sering dibaca ketika dalam pelbagai majlis agama.

Pembacaan Al-Fatihah berbeza-beza mengikut keadaan. Sebagai contoh, ketika dalam majlis, untuk majlis mendapat keberkatan dari Allah, pembukaan majelis akan dibacakan surat Al-Fatihah, berharap mendapat berkah dari membaca ayat tersebut.

Dalam pengajian di pondok, sebelum memulakan kitab pengajian, seorang Ustaz yang mengajarkan kitab akan mengirimkan Al Fatihah untuk pengarang kitab.

Tapi yang menjadi persoalan, apakah hukum mengirim Al-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia? Adakah dibenarkan dalam Islam?

Jadi sebelum menjawab permasalah ini dengan lebih lanjut, mari kita ketahui tentang dari keutamaan surah Al-Fatihah terlebih dahulu.

Banyak sekali keutamaan atau fadhilah dari Al-Fatihah, bahkan solat tanpa membaca Al Fatihah dikira tidak sah dan tidak akan diterima. Keutamaannya lain Surat Al Fatihah adalah dia adalah ibu segala doa dan penawar jika ada masalah.

Jadi, berbalik kepada topik asal, apakah hukum mengirim Al-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia?

Menurut Mazhab Hambali, Maliki dan Hanafi, tiada khilaf menyampaikan bacaan al-Quran kepada si mati. Manakala dalam Mazhab Asy-Syafi’i, ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati. Pendapat yang kedua pula mengatakan bacaan Al-Quran tetap sampai mati.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, pendapat kedua diilah yang difahami oleh ulamak-ulamak Mazhab Asy-Shafi’i, bahawa sesungguhnya pahala membaca Al Fatihah akan sampai mati. Jadi kalau nak baca pun boleh, kalau tak baca pun boleh.

Demikianlah sedikit perbahasan tentang hukum mengirim Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia, semoga bermanfaat. InsyaAllah boleh kongsikan artikel ini agar dapat menjadi rujukan untuk anda sosial media teman anda.

Sumber : Rojak Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *